Wednesday, September 5, 2012

Rakyat Malaysia yang hilang rasa hormat

Assalamualaikum!

jengggjenggjenggg!!!! kalau sampai si Asmira ni dah nak buat entri, mesti hot topik punya!

As most Malaysian know, isu terhangat yang sedang membuak-buak bara api nya adalah isu 'PIJAK KEPALA PERDANA MENTERI '. Yang buat benda tu lagi teruk, dorang melakukan perbuatan tersebut pada malam kemerdekaan. Mari kita ikuti apa kata Asmira Ramlan




pada yang tak tahu apa2, watch that video


Baiklah pembaca semua..

Isu kita disini bukan bangsa atau agama. Sebab kalau soal bangsa kita sebagai warga Malaysia, banyak sangat bangsa yang kita ada. bak kata Harith Iskandar 'Melayu, Cina, India dan lain2' begitu juga soal agama.


PERTAMA:

Korang, kalau tak suka pemimpin pun, tak payah la sampai pijak kepala. Ye dok? puas ke pijak2 kepala orang tu? bukan betul2 kepala pon, gambar je! 3D pun tidak!! respect la mereka sikit. kau tak rasa kesusahan menjadi orang2 politik.


KEDUA:

Nak kata semua muda remaja bujang anak dara pon tidak. Cuba tengok balik video tu. Sebaya ngan mak ayah aku agaknya. haiiiyaaa... Tak de plan lain ke nak dibuat malam merdeka tu? Kalau duk uma pun kat tv tu banyak movie best tau. Mak bapak yang bawak anak memijak2 ni pun ada. apa ke bangang sangat kau bagi contoh kat anak kau?



KETIGA:

Yang sampai ada bawak bendera Malaysia ciptaan sendiri tu kenapa? Dah la malam merdeka, kau patotnya kibarkan JALUR GEMILANG, bukan bendera yang ala2 bendera Indonesia tu. Pembaca semua ada tengok bendera Malaysia ciptaan mereka tu mcam mana? Masyaallah... Sampai hati dorang khianat jalur gemilang, dan buat bendera sendiri yang langsung takde jalur. Weyh, setiap jalur, warna dan simbol pada jalur gemilang tu dah diikhtiar 55 tahun lepas tahu tak? Berani2 kau je buat bendera sendiri.



KEEMPAT:

Niat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Korang ni betul ke nak jadikan corak pemerintahan kita macam Indonesia? macam negara2 republik lain? mungkin dalam masa terdekat rakyat banyak untung, tapi pikir untuk masa depan boleh tak? Negara2 lain punya la sanjung pemerintahan kita yang demokrasi ni, kenapa kita sebagai rakyat perlu membantah?




KELIMA:

apa kes ni nak derhaka ngan sultan ke hapa? Jangan la bantah. mereka itu berdaulat. dari nenek moyang kita sultan2 di letakkan tempat yang tertinggi. Aku ada la terbaca ada pihak yang mempertikai sultan Selangor. awak2 semua, kalau pun Sultan kita ada buat salah, itu antara dia dengan Pencipta. kita tak payah jadi orang tengah. Mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita. Mereka adalah golongan terpilih, darah diraja. Tanah ni, tanah mereka. Kita rakyat, tak sama merah darahnya. 




SOLUTION...??

PM tu, bukan lah bapak aku ke, pakcik aku ke, tapi aku marah + geram sangat bila tengok video tu. Padan muka mamat yang tunjuk bontot dia kat gambar Najib. Berita hari ni mengatakan dia dibuang kolej. Minah baju merah tu, dah serah diri kat polis dah pun. itu laa, bila buat tak pikir panjang. mabuk sangat agaknya malam merdeka tu sampai sanggup buat benda yang memalukan macam tu. Korang ingat, kerajaan akan diam je ke korang buat macam tu? sorang2 kerajaaan akan carik, selidik. silap2 ada yang kena buang kerja ke apa nanti. jangan la carik pasal..


Kita tak tahu apa yang terjadi disebalik parlimen dan politik. memang betul - tak semua yang pemerintah cakap itu betul sahaja bulat2, tapi kita ni kerdil. kita ni rakyat. rakyat yang bayar cukai, rakyat yang terima subsidi, yang terima bantuan dari kerajaan. susah sangat ke untuk kita tunjuk hormat kita? susah ke untuk kita respect our superior? memang semua tu politik semata, kita yang tidak berada dalam kerusi tersebut, tak payah sibuk2 nak bangkang sangat. kenapa? PM curik 6juta dari akaun kau ke?


kalau ada yang teramat tak boleh menerima pemerintah kita, satu je cara yang aku nampak sekarang; KELUAR DARI MALAYSIA, PERGI DUDUK NEGARA LAIN. kau rasa Malaysia ni teruk kan? pergi la duk tempat lain. pergi duk Singapore. baru kau rasa macam mana disiplin Singaporean. takde pun mereka sibuk nak buat Bersih ka, Kotor ka, tunjuk perasaan ka hapa. pastu sibuk cakap "kenapa la semua negara kenal Singapore tapi bukan Malaysia?" kau pikir la sendiri. dengan pemerintah pun tak reti nak hormat, kau nak harapkan macam2..?



makin dipikir, sakit hati. tak paham macam mana ada rakyat yang boleh buat benda macam tu tanpa pikirkan kesannya. 


pikirkan la apa yang terbaik untuk semua, bukan untuk parti korang, bukan untuk bangsa korang, tapi untuk semua rakyat Malaysia. okay? tak mo la kita jadi seperti mereka yang tak reti hormat orang, tak bersivik. nanti apa kata negara luar..?

signing off,


No comments:

Post a Comment