Monday, May 21, 2012

Inilah mukadimah sasusunod. Bismillah..

Assalamualaikum bloggers, readers, stalker(s), fans *kihkihih*

*tarik nafas, lepas..* 

lamanya minah ni tak post pape kat blog. surat peminat sampai tak terbalas dah. maaflah hampakan anda semua. bukan sengaja nak senyapkan diri. tapi, tapi, tapi... memang sengaja sebenarnya. 

Bagi yang baru mula nak mengenali SaSusunod, jangan tanya kenapa nama blog ni ala-ala filipino berkata-kata. alang-alang dah ada yng tertanya, meh aku cakap - dulu aku pernah ada boipren orang Filipino. tamat. -

sebenarnya, aku ada masalah sikit dengan orang-orang kat Manchester. terpaksa aku tukar URL and delete segala post aku yang sudah berusia DUA TAHUN itu. depa tuh sakit hati sangat ngan aku sampai stalk2 la, hantar orang baling belon penuh cat merah depan rumah paksa-paksa aku berhenti blogging. siapa percaya? tak tertipu? tahniah. anda lulus. 

sedih gak sebenarnya nak buang segala karya aku yang agung. dua tahun aku berblogging tetiba nak delete segala memori, sapa tak syahdu seperti di pagi raya, betul tak? ye, aku memang selalu betul. kalau kau kata aku salah, tutup page ini sekarang juga. kembali semula pabila anda rasa saya sentiasa betul. terima kasih

satu lagi sebab sebenarnya sebab lappy aku yang bernama Harry eksiden muka pecah sejak tahun lepas lagi. burok benor rupa Harry. sebab tak mampu nak buat plastic surgery, daku menjual organ-organ Harry. nasib baik pirates kat Low Yatt sanggup terima kehuduhan Harry dengan harga 300 ringgit. so now, new lappy. *aku nak cakap aku beli laptop baru sebenarnya*


*Inilah anak tiri baru, Naima namanya* credits to Nyna Roxford
baik kau cakap cantik, kalau tak aku hantar virus kat lappy kau.


sila ambil perhatian:
saya ada hobi baru iaitu menternak hamster! 


*ini baru 9 ekor. ada 4 cage lagi. terima kasih*
kenapa aku suka berterima kasih ni?

sila lihat iklan menjual hamster disebelah kiri SaSusunod. terima kasih.

*weyh penatnya menaip*

dalam blog ini, saya nak tayang long-lost cousin saya:


*kihkihkih*
*jangan bagi tahu dia wajahnya dibuat tayangan umum*
*sila jangan terpikat*


*AZAWANI AZALAN*

yaaaa.... siapa nak masuk meminang, sila tinggalkan num tepon. terima kasih. namanya azawani. kitaorang panggil dia wanie, family panggil dia along. jangan tertipu dengan penyamaran dia seperti jejaka kacak itu. *tak salah berkias* ngehehehe~ mampus aku kena bunuh dengan dia nanti. ada wanie best... semua jejaka tak handsome tak kan berani nak kacau aku disebabkan muka wanie yang brutal itu. 

enough about her. 
aku dah penat menaip.
tak nak taip lagi dah.

nantikan post seterusnya:

PENDEDAHAN SEBENAR MENGAPA ASMIRA BERSEMBUNYI..

baca ye..? bagi yang belum follow twitter, follow la. mana tahu dapat menambah peluang bertemu jodoh..? hebattttttt


p/s: dah hilang signature cantik tuh...tsktsktsk.. 

wassalam...